malam tadi suruh adik2 yg comel2 ni lipat baju (secara paksa)
kalau tak, takdenya nak lipat..
lepas da lipat tu, my youngest bro, en.Adik, pergilah buat kerja sekolah..
dari atas aku da jerit macam tarzan
"ADIKKKKKKKK..lepas da siap tunjuk kat kak biyah !!! ""
memang mak som la suara aku, kalah ning bajura..
pastu da siap dia bawak la naik suh aku tgk..
bagus2 da siap..aku check balik muka depan..
"ADIKKKK..ni kenapa tak buat lagi? " merujuk kepada soalan subjektif
" ni takpe la. adik nak tiru kawan adik esok"
cis, ayat dia memang xboleh bla, baru pagi tadi, time dorg nk g skola, aku tengok dia tergesa2 nak buat homework.
"AHHHH, xd2..buat sekarang gak..da siap tunjuk"
aku kan kakak..ngeh2..aku pun meneruskan misi melipat baju aku sendiri..
"kak biyah, da siap"
SOALAN:
1. Nyatakan cara-cara untuk mengetahui kekuatan dan kelemahan diri
Kita haruslah mengetahui cara-cara untuk mengetahui kekuatan dan keburukan diri
2. Mengapakah kita perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri?
kerana kita perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan diri.
3. Bagaimana kamu mengetahui kekuatan dan kelemahan diri?
Kita haruslah mengetahui kekuatan dan kelemahan diri.
ok. memanglah kena gelak first2 dengan aku. pastu, RISE UP THE VOICE !
"ADDIKKKK !!! adik ni nk buat lawak ke apa ni?"
Hamzah : senyap.sengeh2.
sebagai kakak yang penyayang dan prihatin,
" soalan yang no.1 tu patutnya adik jawab la macam kita kena la tanya kawan2 atau ahli keluarga kita. "
" yang soalan no.2 tu patutnya adik jawab la macam untuk kita tahu diri kita ni macam mana"
" pstu yang last skali ni, adik bagitahu la bertanya dengan kawan2 ke, ape ke"
pstu dia turun bawah balik. buat correction.
naik balik, jawapan dia memang sebijik la ikut apa yang aku cakap. part yang tak blh bla nya bila word "kawan-kawan" tu dia tulis macam ni "kawan2x"
" adik, ni kalau nk msg ke, sms ke, blh la,, kalau blaja mana boleh guna macam ni, ni mst kes malas nih!"
sengih2 hamzah. buat correction balik.
hihi..mmg macam2 ragam la cik hamzah ni bila buat homework..
geram aku..sabo je la ~
No comments:
Post a Comment